Sunday, 1 January 2012

???

Dia mengajar aku menjadi lebih kuat dan tabah hadapi semua ni.
bersempena tahun ni umurku sudah mencecah 20 tahun,
kematangan yang aku ingin kan.
aku sudah pandai menghadapi kemelut perasaan.
aku tidak lagi menangis sebelum tido apabila tidak dapat mendengar suaranya.
aku gembira sekarang.walaupun tanpa dia disisi.
mungkin dia sedang dengar hati ini berbicara,
mungkin dia juga tahu hati ini sedang cuba menjadi kuat,
tetapi aku akan tetap terima apa pun ,
wahai lelaki,
kau mengajarku erti dihargai,
juga erti setia,
dengan  penuh kasih sayang dan belaian manjamu,
setiap masaku terisi dengan kau disisi.
kini kau biarkan aku bertatih seorang diri,
perlahan2 aku cuba bangun untuk berdiri seorang diri,
tanpa pegangan erat tangan mu,
tanpa airmata membasahi pp.
kini kau menghilang tanpa kata,
sepi aku seketika,
aku redha juga pasrah,
selagi hati ini masih mampu bertahan,
sepenuh hati aku tetap mencintaimu.

No comments:

Post a Comment