Sunday, 18 December 2011

no one can replace u .

semalam jalan-jalan,aku belek gambar dalam camera.. ada some pictures of her . 
aku hampir menangis tapi aku cover sebab malu nak menangis depan org kan . 
tadi pegi kenduri,ada makcik2 bersembang pasal arwah,dah bertakung kolam airmata aku.aku tetap cover. bajet tak ada sape yang perasan. tapi angah kata aku muka aku dah lain. boleh pulak dia tanya aku,aku rindu ea ? memang pantang aku,kalau aku nak menangis,jangan ada yang tegur..nanti terus jadi air hujan .

waktu jalan nak ke kete,ada sedara arwah tok . muka lebih kurang arwah. sliper yang dipakai same macam arwah tok suka pakai.aku duduk jauh2 .aku pandang dari jauh bile mama bersembang dengan dia. sebab hati aku rindu sangat dekat arwah.saat tuh aku rasa nak pegi dekat dia,cium dia peluk dia macam aku peluk arwah tok.

dalam kete,mulut aku menyanyi lagu ikot radio.tapi fikiran aku dekat arwah tok. fuhhhh. turun lagi air jernih dekat pipi. macam baru semalam aku dengar dia panggil nama aku. macam baru semalam jugak aku pelukcium dia.hilang lah penyeri hidup aku. bebelan dia sangat aku rindu. ayat paling best bila tolong tok dekat dapur sambil texting2 , tok akan cakap ' misscall la bawang tu cepat , nak masak ni '

semoga tok tenang di sana :)

No comments:

Post a Comment