Tuesday 20 December 2011

ujian TUHAN

hey. ni cerita aku dan dia. 
dia adalah seorang lelaki yang aku kira terlalu lembut hatinya.tidak pandai meninggikan suara dan terlalu menjaga cinta hatinya.kami berkenalan di laman myspace kira-kira 3 tahun yang lepas. muka kita masih lagi kebudak-budak kan. kau manja dengan aku . aku manja dengan kau. kita kawan. kawan yang teramat rapat. kadang2 kita juga meluahkan perasaan tapi tiada apa yang dapat kita cipta selain hubungan sebagai kawan.
hubungan ini tidak berjalan setenang sungai yang mengalir,tetapi penuh dengan dugaan yang adakala nya melukakan hati kite sendiri dek kerana hasad dengki orang.tetapi aku percaya Tuhan tak nak pisahkan kau dengan aku.kau , aku kira seorang lelaki yang sentiasa ada dalam hati aku. sering kali aku medengar berita yang kau sering tidak sihat tetapi seperti kau jugak,aku cuba menjadi cool. terlalu banyak kenangan kalau hendak dihitung selama kita berkawan.

baru-baru ini,selepas aku mendengar satu berita dari mulut kau,aku mula menjauhkan diri.malam tadi,terdetik dihati aku hendak menelefon kau . mungkin terlalu lewat panggilan telefon yang aku buat.siang tadi,handphone aku vibrate,terpapar di skrin telefon num kau yang naik,aku malas nak angkat.aku biarkan saja. masuk pula ke inbox ku mesej dari kau,aku sengaja tidak balas mesej kau.

bila aku buka facebook malam ni,aku terbaca satu news feed yang mendorong aku utk terus inbox si penulis. Terkejut. tapi hanya senyuman yang buleh aku berikan saat ini. sebab aku tahu kau kuat. mungkin kita tidak dapat bergelak ketawa lagi. terus aku call kau. dengar suara kau mengundang kesayuan dihati aku.tapi aku pura-pura seperti biasa . aku hantar satu mesej .. mungkin dia dapat agak dari setiap bait kata aku yang aku tahu keadaan dia sekarang. aku terus mesej dan aku cakap aku tahu abang kuat. yeas. amirul afzal yang aku kenal sangat kuat. maafkan al sebab tak dapat jaga abang saat abang macam ni. semoga Allah memanjangkan umur hamba-MU ini.kau ampunilah dosanya. kau berikan lah dia peluang melihat dunia lebih lama lagi. sesungguhnya aku amat menyayangi nya.

No comments:

Post a Comment